Laman ini menceritakan tentang temu bual yang dilakukan oleh wartwan terhadap maksud remaja merdeka, iaitu perlu bersih dari gejala seks bebasr serta jenayah lain. Laman ini adalah jelas tentang penerangan serta permasalahan berkait remaja. Akan tetapi ia tidak khusus kepada masalah seks sahaja tetapi pelbagai. Cuma ianya sedikit kurang dari aspek ketelitian serta kedalaman kerana faktor-faktor pencetus masalah tidak disertakan bagi semua masalah. Secara umumnya, laman ini adalah baik



Pengarang laman web ini menegaskan bahawa, apa sahaja masalah yang di hadapi akan dapat di atasi sekiranya kita kembali merujuk kepada jalan peyelesaian yang telah di tetapkan dalam al-quran dan juga al-sunnah. Ini kerana al-quran adalah petunjuk kepada semua kaum muslimin..Serta ssesiapa yang berpegang dengan al-sunnah tidak akan sesat selama-lamanya.

Namun, sumber rujukan tidak dinyatakan, walaupun dinyatakan pada tajuk, tetapi ia perlulah dinyatakan untuk menegaskan tentang hukum tersebut.



Laman di atas membicarakan tentang larangan mendekati zina beserta hukum. Namun saya tidak bersetuju dengan pendapat pengarang kerana seolah-olah pembelajaran di pondok menjamin remaja tidak akan terlibat dengan gejala seks secara mutlak. Bagi saya, dimana sahaja kita berada, sekiranya pegangan agama kita kuat. Kita tidak akan terjerumus ke kancah kehinaan.

Dari aspek perbahasan hukum serta larangan mendekati zina adalah jelas akan tetapi ia tidak meluas serta memfokus. Maka laman ini adalah sederhana sahaja.



Majlis Fatwa telah menfatwakan bahawa pengkid atau bertindak seperti lelaki serta melakukan hubungan seksual dengan pasangan mereka adalah haram..Fahaman ini juga mendorong kepada mengamalkan seks bebas di kalangan pasangan yang terang-terangan membelakangi hukum islam.

Namun laman ini tidak menceritakan tentang gerakan pengkid secara jelas dan teliti. hanya dinyatakan mereka bertindak melakukan seks bebas sahaja. Maka ianya kurang meluas.

Akan tetapi, laman ini adalah baik kerana artikel oleh kosmo serta rujukan kepada majlis fatwa kebangsaan.

0 comments:

Newer Post Older Post Home