Pengarang telah mendedahkan bahawa keruntuhan institusi rukah tangga serta kekurang aksih sayang menyebabkan berlakunya gejala seks bebas yang melibatkan remaja.
Dan sememangnya diakui bahawa banyak masalah seks dikalangan remaja ini adalah kerana kurang perhatian keluarga serta tidak mendapat perhatian.

Cuma ia sedikit kekurangan kerana tidak di ceritakan secara mendalam tentang penyelesaian yang perlu dilakukan serta kaedah yang terbaik seperti didikan agama yang mencukupi bersama penghayatanya.

Saya meyakini bahawa fakta yang di laporkan adalah benar kerana sumber yang di perolehi adalah daripada institut kefahaman islam malaysia(IKIM). Saya berpendapat bahawa ia boleh di jadikan sumber yang menyatakan tentang gejala keruntuhan akhlak rekaja masa kini.



Laman ini menceritakan tentang remaja yang ditangkap bersama pasangan masing-masing di pangsapuri dengan memberikan jawapan dengan tujuan mereka adalah untuk mencari keseronokan semata-mata.

Sememangnya sumber ini adalah jelas kerana disertakan sumber serta pengarang Akan tetapi ia tidak mendalam serta menyeluruh seperti apakah punca mereka terlibat, apakan tindakan selanjutnya terhadap mereka serta kesanya terhadap masa depan mereka. Ianya adalah tepat dari segi sumber tetapi longgar dari segi tindakan terhadap mereka.

Sumber ini boleh dijadikan pengajaran kepada kita semua tentang bahaya pergaulan bebas remaja masa kimi.



Hasil yang dapat saya simpulkan tentang kempen ini ialah, ibu bapa zaman sekarang perlulah bersikap lebih terbuka terhadap pentingnya memberi kesedaran serta menerangkan pentingnya anak-anak mengetahui tentang seks yang sebenarnya serta kaedah yang terbaik untuk memastikan mereka tidak terlibat dalam gejala yang merosakan akhlak tersebut. Ibu bapa perlulah menerangkan tentang kesan serta bahaya seks rambang kepada anak-anak supaya mereka lebih waspada serta takut untuk mendekatinya.

Laman berkaitan adalah berkaitan tindakan bijak untuk menjauhi zina. Akan tetapi tidak dinyatakan pengendali laman, profil diri. Sememangnya ia adala bertepatan dengan tajuk salah laku zina. Secara keseluruhan, ia adalah sederhana kerana sumbernya tidak jelas serta perbincangan yang tidak meluas.



Laman ini menceritakan tentang salah laku jenayah yang juga melibatkan seks kerana ianya didorong oleh gejala seks yang tidak baik.

Sumber bahan juga tidak dinyatakan serta ianya adalah lemah kerana tidak membincangkan secara fokus terhadap gejala tersebut serta kesudahanya. Apa yang di ceritakan adalah tentang perlakuan jenayah tersebut tetapi secara tidak menyeluruh kerana tiada penelitian terhadap punca salah laku jenayah tersebut.



Remaja terlibat dalam jenayah seksual serta masalah seksual. Data yang dilaporkan adalah benar akan tetapi tidak disertakan siapakah diri pengarang.

Ia juga membincangkan tentang jenayah seksual bukanya jenayah zina. Maka ia adalah lemah serta skop perbincangan adalah sempit serta tidak mendalam.

Ia tidak menjurus kepada jenayah zina secara total. Maka, ianya adalah kurang tepat.



0 comments:

Newer Post Older Post Home