Laman ini hanya menyentuh tentang jumlah serta peratusan mereka telah di jangkiti HIV serta jumlah mereka yang telah melakukan hubungan seks bebas. Maka ia adalah sederhana dari aspek perolehan data sahaja. Manakala jika merujuk kepada gejala seks bebas seperti faktor, cara mengatasi, langkah pencegahan serta penglibatan pelbagai pihak dalam mengatasi masalah ini tidak di sertakan. Maka laman ini adalah lemah kerana hanya melaporkan semata-mata tentang data pesakit HIV serta jumlah yang pernah melakukan seks bebas.

Ia juga tidak dinyatakan nama pengirim atau penulis artikel serta sumber yang dapat menyokong hujjah tersebut. Maka saya merasakan yang lama ini adalah lemah serta tidak boleh dijadikan hujjah utama kerana tiada sumber sokongan.





Laman ini hanya menceritakan tentang hukuman terhadap pelaku zina, bukanya mengulas mengenai perilaku tersebut secara khusus. Maka ianya langsung tidak menyentuh tentang perbincangan gejala seks bebas, akan tetapi persoalan hukum sahaja.

Sumber hukum adalah tepat kerana daripada hadis soheh, tetapi terdapat keraguan kerana tidak disertakanpengarang atau pengirim artikel tersebut. Maka sumber ini adalah kurang jelas secara umumnya. Saya menerima ketetapan hukum tersebut akan tetapi merasa ragu-ragu tentang pengirim artikel tersebut. Oleh itu, perlulah di rujuk terlebih dahulu kepada mereka yang lebih utama dala bidang hadis.


Laman ini hanya menceritakan tentang pasangan yang telah di tangkap kerana melakukan kesalah zina. Pasangan yang ditangkap diberi kaunseling serta dilepaskan dengan ikat jamin daripada saudara -mara.

Secara umunya ia tidak membincangkan tentang persoalan seks bebas secara ilmiah, akan tetapi ia lebih kepada laporan tangkapan salah laku remaja mengikut hukuman syarak. Maka ia langsung tidak menceritakan tentang hukum, pencegahan serta lainya.

Maka secara kesimpulanya, ia adalah sederhana serta boleh di jadikan pengajaran akan tetapi perlulah dirujuk kepada persatuan pekida untuk maklumat yang lebih tepat dan menyeluruh.



Hasil kajian serta pendapat yang telah di lontarkan oleh beliau merupakan satu pendedahan tentang realiti remaja yang bercinta dengan mengikut nasfsu serta mendedahkan tentang pergaulan remaja yang tidak bijak menggunakan akal fikiran untuk memilih jalan keluar yang benar apabila berdepan dengan masalah yang di hadapi. Sememangnya pendapat beliau dapat di jadikan panduan kerana ia adalah hasil kajian yang telah beliau jalankan sebagai seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa..

Sekiranya hujjah tersebut disertakan dengan dalil ayat al-quran serta hadis, maka ia akan menjadi sumber yang tidak akan dipertikaikan lagi. Maka ia adalah baik kerana mencakupi aspek yang diperlukan, meskipun kekurangnya adalah sumber hukum itu sendiri.

Saya menerima atikel ini sebagai panduan serta ianya hanya perlu tambahan sedikit sahaja seperti dalil naqli serta pendapat ulamak.



Merujuk kepada laporan tersebut, ianya adala baik dan tepat kerana mempunyai sumber serta pengarang adalah seorang yang berautoriti dalam bidang pendidikan. Akan tetapi, ia perlu sedikit penambah baikan kerana ianya tidak terlalu mendalam serta menyeluruh apabila menyentuh tentang aspek pendorong serta tidak dinyatakan langkah pencegahan.

Kesimpulanya, laman ini adalah baik serta boleh dijadikan sumber rujukan.

0 comments:

Newer Post Older Post Home