HUKUM BERZINA


Laman ini telah menyatakan tentang hukuman rejam ke atas penzina lelaki dan perempuan seperti yang telah di perintahkan oleh Allah kepada baginda nabi samada melalui saksi, pengakuan ataupun bukti yang menunujukkan dia berzina seperti hamil.

Pengarang juga tidak di nyatakan dalam laman ini. Maka sumber ini adalah lemah akan tetapi dari aspek ketetapan hukum adalah diakui sememangnya adalah tepat dan benar.




Laman ini menceritakan tentang hukuman rejam yang di kenakan keatas penzina yahudi lelaki dan perempuan seperti yang telah di sebutkan dalam kitab taurat. Ini jelas menunjukkan bahawa semua agama melarang hubungan seks bebas ini demi memelihara kesejahteraan umat.

Kandungan hadis adalah sesuatu yang di terima dan tepat, sebaliknya ia adalah lemah dari aspek pengarang kerana tidak di ketahui siapakah pangarang artikel tersebut ( di atas )





Laman diatas mempunyai huraian serta pernyataan tentang kejadian yang telah menimpa pelajar kita masa kini. Namun, ia adalah lemah kerana tidak dinyatakan sumber serta diri pengarang yang hanya menggunakan nama samaran sahaja.

Ia perlulah diperhalusi tentang rujukan walaupun terdapat laporan dalam media elektronik, sumber dapatan bahan perlulah disertakan. Pandangan penulis blog.




Laman ini membincangkan tentang bab munakahat- pergaulan yang menyentuh tentang hukum melakukan seks oral. Sudah pasti ia adalah haram kerana mendekati zina juga telah di larang. Walaupun tidak di nyatakan dengan jelas tentang diri pengarang serta sumber hukum yang menjadi rujukan. Namun umum sudah sedia maklum akal ketetapan hukum ini..oleh itu, jauhilah perkara yang boleh membawa kepada lembah kehinaan dan kehancuran.

Saranan saya ialah sertakan bersama sumber rujukan supaya tidak menimbulkan was-was kepada pembaca yang kurang arif tentang agama.

0 comments:

Newer Post Older Post Home