ANALISIS BLOG

Artikel ini menceritakan tentang istilah penzina@seks bebas serta pasangan hidupnya kelak. Allah SWT telah berfirman bahawa lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, manakala lelaki yang jahat pula ialah untuk perempuan yang jahat..

Walaupun agak samar tentang penulis blog ini, akan tetapi saya mengakui bahawa sumber hukun adalah benar seperti yang di sebut dalam al-quran manakala pendapat pula di ambil daripada ulamak yang terkenal.


Merujuk hadis di atas, agak kurang dari segi kejelasan tentang diri pengarang serta ruang lingkup penerangan. Akan tetapi, sumber adalah dari ulamak yang muktabar serta mampu berijtihad tentang hukum. Maka kesimpulanya, laman ini adalah baik dari sudut isi kandunganya.




Laman ini hanya membincangkan persoalan halal dan haram dalam islam. Ianya tidak menyentuh secara khusus tentang perbincagan seks bebas di kalangan remaja..
Manakala dari sudut ketepatan hukum pula adalah diyakini kerana rujukan adalah dari ulamak muktabar. Akan tetapi, kejelasan tentang pengarang adalah kurang kerana tidak disertakan. Namun perbahasan tentang hukum adalah jelas. Maka laman ini boleh dijadikan sebagai rujukan.



oleh Siti Nurul Munawirah

Dari sudut penerangan adalah meluas serta disertakan rujukan hadis dan al-quran. Cuma ianya hanya memfokus kepada jenayah pelakuan seksual terhadap kanak-kanak yang tidak berdosa. Bukanya kepada salah laku seks bebas kalangan remaja ataupun zina. Laman ini boleh dijadikan rujukan khususnya tentang jenayah kekejaman seksual terhadap kanak-kanak.



Laman ini membincangkan tentang saranan memperkenalkan pendidikan seks di sekolah. Namun dipetik dari Berita Harian yang tidak dinyatakan pengarangnya. Ianya memfokus kepada kewajaran diperkenalkan, bukanya tentang seks bebas secara terus. Serta ianya hanyalah saranan yang memerlukan kajian menyeluruh.

Maka ia adalah kurang jelas, kurang teliti serta kurang mendalam terhadap isu yang diperbahaskan.

0 comments:

Newer Post Older Post Home