Posted by
Mohd Shazril Imri
at
6:50 AM
Laman di atas hanya memfokuskan kepada gejala seks yang telah menyebabkan merebaknya penyakit hasil daripada hubungan seks rambang. Hanya empat kriteria yang diberi baik kerana sedikit menyentuh tentang aspek kepentingan, relevan, logik dan hikmah kerana sememangya ia sedikit berkaitan dan sememangnya data yang diberikan adalah logik serta relevan dengan angka mereka yang telah dijangkiti. Akan tetapi dari aspek yang selebihnya, ia kurang kerana tidak menyentuh tentang perlakuan zina, hukumnya, kenapa ia merebak, cara mengatasi serta kesanya tidak disertakan.
Ia juga tidak langsung menyebut tentang pendapat yang menyokong teguh dapatan tersebut. Maka adalah kurang meluas dari skop tinjauan serta laporan yang telah di berikan.
Sumber rujukan yang lemah kerana hadisnya terpisah antara satu sama lain walaupun ia berkaitan, ia tidak disertakan di laman yang sama. Maka, dari sudut penilaian terhadap hadis, maka ia tidak di terima.
Laman secara keseluruhanya adalah sederhana kerana ada juga terdapat bahan ilmiah serta faktor-faktor yang menyokong sebahagian dari artikel yang di tulis kerana ianya lebih memfokus kepada remaja melayu yang terjebak dalam gejala seks bebas ini serta faktor yang mendorong. Ia tidak di nilai secara meluas dari segenap aspek kerana langsung tidak dinyatakan faktor yang menyebabkan ianya terjadi serta tidak pula dinyatakan sumber. Maka adalah menjadi satu keraguan kepada saya untuk memberi penilaian yang baik terhadap isu kedalaman, keluasan, ketepatan dan ketelitian. Akan tetapi ia sedikit bermanfaat dari sudut logik, relevan, hikmah kerana sedikit sebanyak kita dapat mengetahui tentang gejala negatif remaja dan boleh mengambil langkah yang baik untuk memastikan kita terhindar dari masalah tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment