SALAM..

BLOG INI DIBINA KHAS UNTUK MEMBUAT ANALISIS TERHADAP TAJUK-TAJUK YANG TELAH MEMBINCANGKAN BERKAITAN SEKS BEBAS DALAM INTERNET SAMADA DI LAMAN WEB ATAU BLOG...

IA MELIBATKAN SEMUA JENIS SAMADA DARI PIHAK KERAJAAN, SWASTA ATAUPUN PERSENDIRIAN...

PENILAIAN YANG DIBUAT ADALAH BERDASARKAN PEMBACAAN, PENILAIAN SERTA PEMAHAMAN PENGKAJI SENDIRI...

OLEH YANG DEMIKIAN..JIKA TERDAPAT SEBARANG KOMEN ATAU CADANGAN BOLEH DI SAMPAIKAN MELALUI RUANGAN CHAT YANG DISEDIAKAN ATAU ALAMATKAN KEPADA:frontier_as@yahoo.com

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA SEMUA..

Bicara Zina

Pengarang adalah seorang pendakwah bebas yang sering member ceramah di dalam slot motivasi, al-kuliyyah,bicara agana dan sebagainya lagi. Penerangan yang diberikan juga adalah jelas kerana disokong oleh dalil naqli iaitu al-quran dan suunah serta pendapat dari ulamak.

Saya meyakini bahan yang dimuatkan serta sesuai untu dijadikan panduan kepada umat islam



Pengarang adalah seorang pendakwah bebas yang sering member ceramah di dalam slot motivasi, al-kuliyyah,bicara agana dan sebagainya lagi. Penerangan yang diberikan juga adalah jelas kerana disokong oleh dalil naqli iaitu al-quran dan suunah serta pendapat dari ulamak.

Saya meyakini bahan yang dimuatkan serta sesuai untu dijadikan panduan kepada umat islam


http://koleksicinta.com/cegah-remaja-dekati-zina/


Pengarang adalah seorang pendakwah bebas yang sering member ceramah di dalam slot motivasi, al-kuliyyah,bicara agana dan sebagainya lagi. Penerangan yang diberikan juga adalah jelas kerana disokong oleh dalil naqli iaitu al-quran dan suunah serta pendapat dari ulamak.

Saya meyakini bahan yang dimuatkan serta sesuai untu dijadikan panduan kepada umat islam

Dapatan Kajian

http://www.ypkdt.org.my/ypkdt/articles.php?id=62

Laman ini sememangya lengkap kerana pengarang disertakan dan terdapat pendapat tokoh agama dari Malaysia, pendapat dari sarjanabarat, rujukan al-quran, hadis serta dapatan kajian yang telah dilakukan oleh beberapa individu yang terlibat. Oleh itu, saya berpuas hati terhadap artikel ini serta bahan-bahan yang telah dimuatkan.


http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=51&thread_id=414

Laman ini adalah sederhana kerana ia tidak menceritakan tentang sumber rujukan berkaitan dengan sesetengah pernyataan bahan tersebut. Namun ia juga ada disokog oleh al-quran dan hadis. Maka ia boleh diterima sebagai rujukan yang bermanfaan walaupun agak kurang jelas dalam beberapa aspek, namun, saya merasakan yang laman ini mempunyai banyak maklumat yang berfaedah untuk dikongsi bersama.



http://myuitm.com/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3265

Laman ini adalah kurang jelas kerana tidak dinyatakan pengarang dan rujukan. Hanya membincangkan tentang salahlaku seks sahaja. Tidak menyentuh aspek ilmiah yang lian. Namun sedikit sebanyak menyentuh kaedah untuk mengatasi serta cadangan yang bermanfaat kepada remaja.

Adaalah lebih baik sekiranya dinyatakan pengarang serta sumber rujukan


http://www.kampusnegara.net/modules.php?name=News&file=print&sid=149

Laman ini menceritakan tentang kes pengguguran bayi. Namun ianya tidak dinyatakan sumber rujukan artikel tersebut. Maka ia adalah sederhana kerana kurang meluas serta mendalam terhadap aspek pebahasan tentang artikel tersebut.

Ia perlu dinyatakan sumber rujukan supaya laman ini adalah kukuh serta dara yang disertakan adalah tepat dan jelas.



http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0205&pub=Kosmo&sec=Akademi&pg=ak_02.htm

Pengarang: Mohd Faisal Mustafa
Tahun 2
Pengajian Undang-undang dan Syariah, UM


Sumber adalah kukuh kerana terdapat pengarang dan juga sumber adalah daripada kosmo.
Juga terdapat akta melibatkan kesalahan serta pendapat mufti. Cuma, ianya kurang meluas serta kurang mendalam. Manakala ketelitian dan ketepatan adalah baik.


IMPLIKASI SEKS BEBAS

http://www.malaysiakini.com/letters/86313

Laman ini menceritakan tentang gangguan seksual di pejabat dan di Universiti. Namun, sumber serta pengarang tidak dinyatakan, maka laman ini adalah kurang jelas apatah lagi melibatkan akta yang perlu dinayatakan sumber rujukan.

Maka, saya tidak berpuas hati terhadap artikel tersebut serta kurang meluas dan kurang teliti.


http://buletinonline.net/index.php?option=com_content&task=view&id=1540&Itemid=33

Laman ini menceritakan tentang jumlah pasangan yang melahirkan anak luar nikah yang semakin meningkat. Kejadian berlaku dikalangan orang melayu singapura. Pengarang juga turut disertakan bersama sumber berita. Ia adalah baik, namun terlalu ringkas serta tidak menyeluruh terhadap permasalahan tersebut.


Maka laman ini adalah sederhana sahaja.




http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0624&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm

Laman diatas memceritakan tentang gejala pembuangan bayi untuk menutup rasa malu pasangan yang melakukan seks bebas. Walaupun disertakan pengarang, namun sumber bahan tidak dinyatakan dengan jelas. Hanya menyentuh tentang jumlah kes serta cadangan usaha mengatasi masalah. Namun, adalah ringkas serta sederhana sahaja.


http://www.utaraonline.net/v2/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=31369

Laman ini adalah kurang jelas kerana tidak dinyatakan pengarang serta sumber rujukan bahan. Perbahasan menjurus kepada jumlah anak luar nikah di malaysia sahaja. Maka ia adalah kabur serta hanya sekadar pengetahuan umum sahaja.

Laman ini adalah lemah serta tidak meyakinkan

HUKUM BERZINA


Laman ini telah menyatakan tentang hukuman rejam ke atas penzina lelaki dan perempuan seperti yang telah di perintahkan oleh Allah kepada baginda nabi samada melalui saksi, pengakuan ataupun bukti yang menunujukkan dia berzina seperti hamil.

Pengarang juga tidak di nyatakan dalam laman ini. Maka sumber ini adalah lemah akan tetapi dari aspek ketetapan hukum adalah diakui sememangnya adalah tepat dan benar.




Laman ini menceritakan tentang hukuman rejam yang di kenakan keatas penzina yahudi lelaki dan perempuan seperti yang telah di sebutkan dalam kitab taurat. Ini jelas menunjukkan bahawa semua agama melarang hubungan seks bebas ini demi memelihara kesejahteraan umat.

Kandungan hadis adalah sesuatu yang di terima dan tepat, sebaliknya ia adalah lemah dari aspek pengarang kerana tidak di ketahui siapakah pangarang artikel tersebut ( di atas )





Laman diatas mempunyai huraian serta pernyataan tentang kejadian yang telah menimpa pelajar kita masa kini. Namun, ia adalah lemah kerana tidak dinyatakan sumber serta diri pengarang yang hanya menggunakan nama samaran sahaja.

Ia perlulah diperhalusi tentang rujukan walaupun terdapat laporan dalam media elektronik, sumber dapatan bahan perlulah disertakan. Pandangan penulis blog.




Laman ini membincangkan tentang bab munakahat- pergaulan yang menyentuh tentang hukum melakukan seks oral. Sudah pasti ia adalah haram kerana mendekati zina juga telah di larang. Walaupun tidak di nyatakan dengan jelas tentang diri pengarang serta sumber hukum yang menjadi rujukan. Namun umum sudah sedia maklum akal ketetapan hukum ini..oleh itu, jauhilah perkara yang boleh membawa kepada lembah kehinaan dan kehancuran.

Saranan saya ialah sertakan bersama sumber rujukan supaya tidak menimbulkan was-was kepada pembaca yang kurang arif tentang agama.


Laman ini hanya menceritakan tentang perlakuan sumbang isteri dengan lelaki lain. Hanya menceritakan tempat kejadian serta tentang penyebaran rakaman gambar adegan seks mereka. Tidak dinyatakan rujukan,pengarang serta sumber yang meyakinkan saya terhadap kandungan kerana tiada bukti yang menyokong artikel tersebut.

Maka laman ini adalah samar-samar serta tidak diyakini tentang sumber.

GEJALA SEKS BEBAS


Laman ini hanya menceritakan tentang jumlah pesakit yang berjangkit serta faktor penyebaran penyakit tersebut. Namun, ianya kurang jelas kerana tidak dinyatakan pengarang serta hanya menceritakan tentang dua perkara tersebut sahaja. Maka laman ini adalah sederhana sahaja.

Tidak memenuhi kriteria baik yang ditetapkan sebagai sumber yang jelas





Laman ini adalah kurang jelas kerana tidak dinayatakan sumber serta pengarang. Artikel yang menyokong bahan yang dimuatkan juga tidak dinyatkan. Oleh itu, ia tidak meyakinkan saya terhadap artikel yang telah dimuatkan di laman ini.


Laman ini menceritakan tentang temu bual yang dilakukan oleh wartwan terhadap maksud remaja merdeka, iaitu perlu bersih dari gejala seks bebasr serta jenayah lain. Laman ini adalah jelas tentang penerangan serta permasalahan berkait remaja. Akan tetapi ia tidak khusus kepada masalah seks sahaja tetapi pelbagai. Cuma ianya sedikit kurang dari aspek ketelitian serta kedalaman kerana faktor-faktor pencetus masalah tidak disertakan bagi semua masalah. Secara umumnya, laman ini adalah baik



Pengarang laman web ini menegaskan bahawa, apa sahaja masalah yang di hadapi akan dapat di atasi sekiranya kita kembali merujuk kepada jalan peyelesaian yang telah di tetapkan dalam al-quran dan juga al-sunnah. Ini kerana al-quran adalah petunjuk kepada semua kaum muslimin..Serta ssesiapa yang berpegang dengan al-sunnah tidak akan sesat selama-lamanya.

Namun, sumber rujukan tidak dinyatakan, walaupun dinyatakan pada tajuk, tetapi ia perlulah dinyatakan untuk menegaskan tentang hukum tersebut.



Laman di atas membicarakan tentang larangan mendekati zina beserta hukum. Namun saya tidak bersetuju dengan pendapat pengarang kerana seolah-olah pembelajaran di pondok menjamin remaja tidak akan terlibat dengan gejala seks secara mutlak. Bagi saya, dimana sahaja kita berada, sekiranya pegangan agama kita kuat. Kita tidak akan terjerumus ke kancah kehinaan.

Dari aspek perbahasan hukum serta larangan mendekati zina adalah jelas akan tetapi ia tidak meluas serta memfokus. Maka laman ini adalah sederhana sahaja.



Majlis Fatwa telah menfatwakan bahawa pengkid atau bertindak seperti lelaki serta melakukan hubungan seksual dengan pasangan mereka adalah haram..Fahaman ini juga mendorong kepada mengamalkan seks bebas di kalangan pasangan yang terang-terangan membelakangi hukum islam.

Namun laman ini tidak menceritakan tentang gerakan pengkid secara jelas dan teliti. hanya dinyatakan mereka bertindak melakukan seks bebas sahaja. Maka ianya kurang meluas.

Akan tetapi, laman ini adalah baik kerana artikel oleh kosmo serta rujukan kepada majlis fatwa kebangsaan.


Laman diatas menceritakan tentang kajian oleh pensarah ukm. Sumber adalah jelas serta ketepatan kajian adalah diakui kerana dinyatakan sumber serta mendapat liputan yang meluas.

Maka laporan tersebut adalah jelas serta diyakini kesahihanya.



Laman diatas disertakan pengarang serta bertindak sebagai pengarang, maka ia adalah jelas dari aspek perbahasan, akan tetapi ia menjurus kepada saranan tindakan terhadap penjualan video lucah yang mendorong kepada seks bebas remaja.

Ia sesuatu yang penting sebagai langkah pencegahan. Cuma ianya agak kurang jelas dari aspek ketelitian serta kedalam kerana tidak disertakan sokongan dari bahan media atau laporan polis tentang gejala terbut sebagai sumber pengukuhan.

Maka ia adalah sederhana kerana ia hanya menyentuh tentang gesaan tidakan daripada pihak berkuasa terhadap gejala tersebut khususnya.





Laman ini membincangkan tentang persoalan hukum yang tidak terlalu menjurus kepada perbincangan seks bebas di kalangan remaja.





Laman ini menceritakan tentang salah laku remaja dalam memiliki bahan video lucah serta pelajar yang terlibat. Namun ianya kurang jelas dari aspek ketepatan kerana tidak dinyatakan sumber diperolehi. Serta ia tidak menceritakan dengan jelas tentang hasil dapatan terhadap masalah tersebut. Maka laman ini adalah sederhana.





ANALISIS BLOG

Artikel ini menceritakan tentang istilah penzina@seks bebas serta pasangan hidupnya kelak. Allah SWT telah berfirman bahawa lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, manakala lelaki yang jahat pula ialah untuk perempuan yang jahat..

Walaupun agak samar tentang penulis blog ini, akan tetapi saya mengakui bahawa sumber hukun adalah benar seperti yang di sebut dalam al-quran manakala pendapat pula di ambil daripada ulamak yang terkenal.


Merujuk hadis di atas, agak kurang dari segi kejelasan tentang diri pengarang serta ruang lingkup penerangan. Akan tetapi, sumber adalah dari ulamak yang muktabar serta mampu berijtihad tentang hukum. Maka kesimpulanya, laman ini adalah baik dari sudut isi kandunganya.




Laman ini hanya membincangkan persoalan halal dan haram dalam islam. Ianya tidak menyentuh secara khusus tentang perbincagan seks bebas di kalangan remaja..
Manakala dari sudut ketepatan hukum pula adalah diyakini kerana rujukan adalah dari ulamak muktabar. Akan tetapi, kejelasan tentang pengarang adalah kurang kerana tidak disertakan. Namun perbahasan tentang hukum adalah jelas. Maka laman ini boleh dijadikan sebagai rujukan.



oleh Siti Nurul Munawirah

Dari sudut penerangan adalah meluas serta disertakan rujukan hadis dan al-quran. Cuma ianya hanya memfokus kepada jenayah pelakuan seksual terhadap kanak-kanak yang tidak berdosa. Bukanya kepada salah laku seks bebas kalangan remaja ataupun zina. Laman ini boleh dijadikan rujukan khususnya tentang jenayah kekejaman seksual terhadap kanak-kanak.



Laman ini membincangkan tentang saranan memperkenalkan pendidikan seks di sekolah. Namun dipetik dari Berita Harian yang tidak dinyatakan pengarangnya. Ianya memfokus kepada kewajaran diperkenalkan, bukanya tentang seks bebas secara terus. Serta ianya hanyalah saranan yang memerlukan kajian menyeluruh.

Maka ia adalah kurang jelas, kurang teliti serta kurang mendalam terhadap isu yang diperbahaskan.

Laman web ini menceritakan tentang remaja yang melakukan seks kali pertama dengan pelacur dan untuk seterusnya dengan teman istimewa mereka. ia adalah jelas kerana disertakan dengan sumber serta pengarang. Namyn terdapat sedikit kekurangan kerana ianya tidak secara meluas membicarakan tentang masalah tersebut.

Secara keseluruhan, ianya adalah jelas serta meyakinkan.




Laman tersebut juga adalah jelas kerana ianya menyatakan pengarang serta memfokuskan bahawa laman you tube merupakan antara punca yang mendorong berlakunya seks bebas kerana memudahkan remaja memuat turun gambar lucah.

Secara keseluruhan, lamanini adalah baik dan boleh dijadikan sumber rujukan.




Laman di atas adalah jelas kerana mempunyai sumber serta pengarang. Namun ianya tidak terlalu meluas serta mendalam kerana ianya hanya memfokuskan kepada ibu bapa yang leka yang merujuk kepada mereka yang terlalu sibuk dengan urusan kerja.



Laman ini menceritakan teks khutbah tentang sumbang mahram serta gejala seks bebas yang terdorong oleh pelbagai faktor seperti vcd lucah,bacaan lucah dan sebagainya.

Bahan adalah jelas kerana mempunyai sumber, pengarang serta dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Perak.

Secara keseluruhan, laman ini adalah jelas.


Laman ini memfokuskan kepada pelajar sekolah yang terlibat dengan memuat turun video klip lucah. Namun ia agak kurang tepat kerana tidak dinyatakan sumber rujukan serta perbahasan adalah terhad serta tidak meluas.

Secara keseluruhan, laman ini adalah lemah serta kurang meyakinkan saya.


Pengarang telah mendedahkan bahawa keruntuhan institusi rukah tangga serta kekurang aksih sayang menyebabkan berlakunya gejala seks bebas yang melibatkan remaja.
Dan sememangnya diakui bahawa banyak masalah seks dikalangan remaja ini adalah kerana kurang perhatian keluarga serta tidak mendapat perhatian.

Cuma ia sedikit kekurangan kerana tidak di ceritakan secara mendalam tentang penyelesaian yang perlu dilakukan serta kaedah yang terbaik seperti didikan agama yang mencukupi bersama penghayatanya.

Saya meyakini bahawa fakta yang di laporkan adalah benar kerana sumber yang di perolehi adalah daripada institut kefahaman islam malaysia(IKIM). Saya berpendapat bahawa ia boleh di jadikan sumber yang menyatakan tentang gejala keruntuhan akhlak rekaja masa kini.



Laman ini menceritakan tentang remaja yang ditangkap bersama pasangan masing-masing di pangsapuri dengan memberikan jawapan dengan tujuan mereka adalah untuk mencari keseronokan semata-mata.

Sememangnya sumber ini adalah jelas kerana disertakan sumber serta pengarang Akan tetapi ia tidak mendalam serta menyeluruh seperti apakah punca mereka terlibat, apakan tindakan selanjutnya terhadap mereka serta kesanya terhadap masa depan mereka. Ianya adalah tepat dari segi sumber tetapi longgar dari segi tindakan terhadap mereka.

Sumber ini boleh dijadikan pengajaran kepada kita semua tentang bahaya pergaulan bebas remaja masa kimi.



Hasil yang dapat saya simpulkan tentang kempen ini ialah, ibu bapa zaman sekarang perlulah bersikap lebih terbuka terhadap pentingnya memberi kesedaran serta menerangkan pentingnya anak-anak mengetahui tentang seks yang sebenarnya serta kaedah yang terbaik untuk memastikan mereka tidak terlibat dalam gejala yang merosakan akhlak tersebut. Ibu bapa perlulah menerangkan tentang kesan serta bahaya seks rambang kepada anak-anak supaya mereka lebih waspada serta takut untuk mendekatinya.

Laman berkaitan adalah berkaitan tindakan bijak untuk menjauhi zina. Akan tetapi tidak dinyatakan pengendali laman, profil diri. Sememangnya ia adala bertepatan dengan tajuk salah laku zina. Secara keseluruhan, ia adalah sederhana kerana sumbernya tidak jelas serta perbincangan yang tidak meluas.



Laman ini menceritakan tentang salah laku jenayah yang juga melibatkan seks kerana ianya didorong oleh gejala seks yang tidak baik.

Sumber bahan juga tidak dinyatakan serta ianya adalah lemah kerana tidak membincangkan secara fokus terhadap gejala tersebut serta kesudahanya. Apa yang di ceritakan adalah tentang perlakuan jenayah tersebut tetapi secara tidak menyeluruh kerana tiada penelitian terhadap punca salah laku jenayah tersebut.



Remaja terlibat dalam jenayah seksual serta masalah seksual. Data yang dilaporkan adalah benar akan tetapi tidak disertakan siapakah diri pengarang.

Ia juga membincangkan tentang jenayah seksual bukanya jenayah zina. Maka ia adalah lemah serta skop perbincangan adalah sempit serta tidak mendalam.

Ia tidak menjurus kepada jenayah zina secara total. Maka, ianya adalah kurang tepat.




Laman ini hanya menyentuh tentang jumlah serta peratusan mereka telah di jangkiti HIV serta jumlah mereka yang telah melakukan hubungan seks bebas. Maka ia adalah sederhana dari aspek perolehan data sahaja. Manakala jika merujuk kepada gejala seks bebas seperti faktor, cara mengatasi, langkah pencegahan serta penglibatan pelbagai pihak dalam mengatasi masalah ini tidak di sertakan. Maka laman ini adalah lemah kerana hanya melaporkan semata-mata tentang data pesakit HIV serta jumlah yang pernah melakukan seks bebas.

Ia juga tidak dinyatakan nama pengirim atau penulis artikel serta sumber yang dapat menyokong hujjah tersebut. Maka saya merasakan yang lama ini adalah lemah serta tidak boleh dijadikan hujjah utama kerana tiada sumber sokongan.





Laman ini hanya menceritakan tentang hukuman terhadap pelaku zina, bukanya mengulas mengenai perilaku tersebut secara khusus. Maka ianya langsung tidak menyentuh tentang perbincangan gejala seks bebas, akan tetapi persoalan hukum sahaja.

Sumber hukum adalah tepat kerana daripada hadis soheh, tetapi terdapat keraguan kerana tidak disertakanpengarang atau pengirim artikel tersebut. Maka sumber ini adalah kurang jelas secara umumnya. Saya menerima ketetapan hukum tersebut akan tetapi merasa ragu-ragu tentang pengirim artikel tersebut. Oleh itu, perlulah di rujuk terlebih dahulu kepada mereka yang lebih utama dala bidang hadis.


Laman ini hanya menceritakan tentang pasangan yang telah di tangkap kerana melakukan kesalah zina. Pasangan yang ditangkap diberi kaunseling serta dilepaskan dengan ikat jamin daripada saudara -mara.

Secara umunya ia tidak membincangkan tentang persoalan seks bebas secara ilmiah, akan tetapi ia lebih kepada laporan tangkapan salah laku remaja mengikut hukuman syarak. Maka ia langsung tidak menceritakan tentang hukum, pencegahan serta lainya.

Maka secara kesimpulanya, ia adalah sederhana serta boleh di jadikan pengajaran akan tetapi perlulah dirujuk kepada persatuan pekida untuk maklumat yang lebih tepat dan menyeluruh.



Hasil kajian serta pendapat yang telah di lontarkan oleh beliau merupakan satu pendedahan tentang realiti remaja yang bercinta dengan mengikut nasfsu serta mendedahkan tentang pergaulan remaja yang tidak bijak menggunakan akal fikiran untuk memilih jalan keluar yang benar apabila berdepan dengan masalah yang di hadapi. Sememangnya pendapat beliau dapat di jadikan panduan kerana ia adalah hasil kajian yang telah beliau jalankan sebagai seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa..

Sekiranya hujjah tersebut disertakan dengan dalil ayat al-quran serta hadis, maka ia akan menjadi sumber yang tidak akan dipertikaikan lagi. Maka ia adalah baik kerana mencakupi aspek yang diperlukan, meskipun kekurangnya adalah sumber hukum itu sendiri.

Saya menerima atikel ini sebagai panduan serta ianya hanya perlu tambahan sedikit sahaja seperti dalil naqli serta pendapat ulamak.



Merujuk kepada laporan tersebut, ianya adala baik dan tepat kerana mempunyai sumber serta pengarang adalah seorang yang berautoriti dalam bidang pendidikan. Akan tetapi, ia perlu sedikit penambah baikan kerana ianya tidak terlalu mendalam serta menyeluruh apabila menyentuh tentang aspek pendorong serta tidak dinyatakan langkah pencegahan.

Kesimpulanya, laman ini adalah baik serta boleh dijadikan sumber rujukan.

Laman web ini boleh dijadikan sebagai sumber rujukan kerana mempunyai huraian serta fakta-fakta yang menyokong pernyataan yang telah dinukilkan. Ia juga lengkap dengan sumber rujukan dari hadis dan juga al-quran serta pendapat ulamak. Akan tetapi, is sedikit kurang sempurna kerana tidak memfokus kepada faktor berlakunya seks bebas, hukum serta yang berkaitan dengan tajuk zina secara jelas.Ia lebih menjurus kepada perbandingan antara seks yang halal dan haram serta kaedah untuk melakukan seks yang halal.


Laman di atas hanya memfokuskan kepada gejala seks yang telah menyebabkan merebaknya penyakit hasil daripada hubungan seks rambang. Hanya empat kriteria yang diberi baik kerana sedikit menyentuh tentang aspek kepentingan, relevan, logik dan hikmah kerana sememangya ia sedikit berkaitan dan sememangnya data yang diberikan adalah logik serta relevan dengan angka mereka yang telah dijangkiti. Akan tetapi dari aspek yang selebihnya, ia kurang kerana tidak menyentuh tentang perlakuan zina, hukumnya, kenapa ia merebak, cara mengatasi serta kesanya tidak disertakan.

Ia juga tidak langsung menyebut tentang pendapat yang menyokong teguh dapatan tersebut. Maka adalah kurang meluas dari skop tinjauan serta laporan yang telah di berikan.





Sumber rujukan yang lemah kerana hadisnya terpisah antara satu sama lain walaupun ia berkaitan, ia tidak disertakan di laman yang sama. Maka, dari sudut penilaian terhadap hadis, maka ia tidak di terima.



Laman secara keseluruhanya adalah sederhana kerana ada juga terdapat bahan ilmiah serta faktor-faktor yang menyokong sebahagian dari artikel yang di tulis kerana ianya lebih memfokus kepada remaja melayu yang terjebak dalam gejala seks bebas ini serta faktor yang mendorong. Ia tidak di nilai secara meluas dari segenap aspek kerana langsung tidak dinyatakan faktor yang menyebabkan ianya terjadi serta tidak pula dinyatakan sumber. Maka adalah menjadi satu keraguan kepada saya untuk memberi penilaian yang baik terhadap isu kedalaman, keluasan, ketepatan dan ketelitian. Akan tetapi ia sedikit bermanfaat dari sudut logik, relevan, hikmah kerana sedikit sebanyak kita dapat mengetahui tentang gejala negatif remaja dan boleh mengambil langkah yang baik untuk memastikan kita terhindar dari masalah tersebut.



Brdasarkan kepada hadis yang dinilai, sememangnya ianya adalah hadis soheh serta diakui akan ketepatanya. oleh itu, 9 kriteria telah diberi penilaian yang sangat baik kerana hadis tersebut diakui akan kesohehnya. Hanya satu sahaja yang diberi kurang jelas kerana tidak dinyatakan pengarang serta kedukanya samada seorang pelajar,guru, ustaz atau sebagainya. Sekiranya disertakan bersama mereka yang memuat naik hadis ini, maka tidak mustahil ia akan mampu meyakinkan diri saya sebagai penilai.

Older Posts

Blogger Template by Blogcrowds.